INFO BERPANTANG & HAMIL
KAEDAH BERPANTANG BAGI IBU YANG MELAHIRKAN SECARA PEMBEDAHAN DARI SUDUT AMALAN HARIAN DAN PEMAKANAN
1. Minuman ais2 sejuk atau ais ketul x boleh langsung wajib 100 hari elakkan. Ais ketul tu paling bahaya digalakkan elakkan selama 1 tahun.
2. Telur x boleh selama berpantang 60 hari, lbh lama lg bagus. Telur blh menyebabkan luka jahitan kembali sakit dan bernanah kalu diteruskan makan.
3. Sayur sejuk spt kangkung, timun, terung wajib dielakkan selama pantang 60 hari.
4. Buah Oren manis kena makan selalu ya utk cepat baik luka jahitan.
5. Buah oren yg masam2 elakkan ya.
6. Amalkan minum air jeli gamat utk cepat sembuhkan luka.
7. Jangan banyak berjalan selama dlm pantang 40 hari. Kurangkan pergerakan. Kalau berjalan dgn langkah perlahan-lahan saja. semakin aktif berjalan, semakin payah luka nak sembuh.
8. Pakai bengkung ibu tiap hari, tapi longgarkan ikatan tali di bahagian perut tu. Bengkung ibu penting untuk menjaga postur tubuh dan mengemaskan badan. Juga utk back up perut supaya x jatuh.
9. Mandi dgn air suam setiap hari dengan air rebusan herba mandian azzahra. Ia berkesan untuk membuang angin, melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan rasa sakit dalaman badan.
10. Bertungku di bahagian perut tidak boleh dilakukan sama sekali langsung. Ibu hanya blh bertungku di celah peha, di atas peha, betis, belakang badan saja. Bertungku di celah peha paling penting untuk mengecutkan urat peranakan.
Sebenarnya banyak lagi yang anda perlu tahu berkaitan tatacara berpantang khasnya untuk ibu yang bersalin secara pembedahan. Bersalin ikut kaedah 'tingkap' ini sememangnya agak mudah, kurang rasa sakit kerana ibu diberi ubat bius sepanjang proses bersalin. Berbeza dengan kaedah bersalin secara normal kerana ibu sememangnya dalam keadaan sedar sepanjang masa. Tetapi, dalam aspek penjagaan dalam pantang, ia agak sukar dan proses penyembuhan luka memakan masa yang agak panjang. Tempoh masa berpantang juga lebih lama iaitu biasanya 100 hari.
-------------------♡♡♡--------------------
TIPS MUDAH BERSALIN
Terdapat pelbagai tips mudah bersalin khasnya untuk membantu ibu-ibu melahirkan bayi. Tips-tips tersebut biasanya berbeza mengikut pengalaman yang dilalui oleh seseorang. Berikut merupakan tips mudah bersalin mengikut pengalaman sendiri. Insyaallah sesuai diamalkan oleh ibu-ibu diluar sana...
1. Sepanjang mengandung, kerapkan mengingati Allah dan menyebut perkataan-perkataan yang baik.
2. Sepanjang mengandung, sekiranya ada berlaku silap samada dari segi perbuatan atau kata-kata, atau terdetik dihati tentang rasa tidak puas hati anda kepada suami anda, segeralah anda meminta maaf dengan suami anda. Jangan bertangguh. Doa dan restu suami sangat penting untuk anda.
3. Segera minta maaf kepada orang tua anda jika anda ada berbuat silap samada dari segi kata-kata atau perbuatan.
4. Selalu bersangka baik dengan suami, orang tua, anak-anak dan orang sekeliling anda.
5. Biasakan lidah menyebut zikir dan selawat nabi kepada junjungan besar Muhammad SAW.
6. Kerapkan makan madu, minyak zaitun, buah oren, buah kurma sepanjang tempoh anda mengandung. Minyak zaitun mengandungi vitamin dan nutrien penting untuk menghasilkan antibodi tubuh yang kuat, kulit yang cantik. Tambahkan kekerapan makan minyak zaitun ketika saat anda hampir untuk bersalin kerana menurut kata orang-orang tua, minyak zaitun mampu membuatkan anda mudah bersalin dengan cara memberikan kelicinan saat kepala bayi anda bersedia untuk keluar.
7. Elakkan daripada mendatangkan kecederaan kepada orang sekeliling anda termasuk kepada serangga di dalam rumah anda.
8. Selalu membaca Al-Quran untuk mendapat ketenangan hati yang maksimum. Surah-surah seperti Surah Maryam, Surah Luqman diulang baca pada setiap hari.
9. Cipta hubungan yang baik dan mesra dengan semua orang disekeliling anda.
10. Banyakkan berjalan dan turun naik tangga. Semakin kerap anda berjalan, semakin senang anda bersalin.
11. Saat berada di dalam bilik bersalin (labour room), minumlah air milo, makan kurma dan roti. Ini penting kerana disaat anda sakit hendak bersalin, anda memerlukan tenaga yang kuat untuk meneran bayi anda. Jika anda kurang tenaga, anda tidak berdaya untuk meneran dengan baik. Alas perut anda dengan makanan tersebut sebagai bekal untuk anda mendapat tenaga yang mencukupi.
12. Didalam labour room, sila tenangkan hati, ikuti arahan doktor dan sebut selawat dan zikir. Banyakkan berdoa memohon bantuan Allah swt.
jom sama2 share untuk ibu2 di luar sana....Terdapat pelbagai tips mudah bersalin khasnya untuk membantu ibu-ibu melahirkan bayi. Tips-tips tersebut biasanya berbeza mengikut pengalaman yang dilalui oleh seseorang. Berikut merupakan tips mudah bersalin mengikut pengalaman sendiri. Insyaallah sesuai diamalkan oleh ibu-ibu diluar sana...
1. Sepanjang mengandung, kerapkan mengingati Allah dan menyebut perkataan-perkataan yang baik.
2. Sepanjang mengandung, sekiranya ada berlaku silap samada dari segi perbuatan atau kata-kata, atau terdetik dihati tentang rasa tidak puas hati anda kepada suami anda, segeralah anda meminta maaf dengan suami anda. Jangan bertangguh. Doa dan restu suami sangat penting untuk anda.
3. Segera minta maaf kepada orang tua anda jika anda ada berbuat silap samada dari segi kata-kata atau perbuatan.
4. Selalu bersangka baik dengan suami, orang tua, anak-anak dan orang sekeliling anda.
5. Biasakan lidah menyebut zikir dan selawat nabi kepada junjungan besar Muhammad SAW.
6. Kerapkan makan madu, minyak zaitun, buah oren, buah kurma sepanjang tempoh anda mengandung. Minyak zaitun mengandungi vitamin dan nutrien penting untuk menghasilkan antibodi tubuh yang kuat, kulit yang cantik. Tambahkan kekerapan makan minyak zaitun ketika saat anda hampir untuk bersalin kerana menurut kata orang-orang tua, minyak zaitun mampu membuatkan anda mudah bersalin dengan cara memberikan kelicinan saat kepala bayi anda bersedia untuk keluar.
7. Elakkan daripada mendatangkan kecederaan kepada orang sekeliling anda termasuk kepada serangga di dalam rumah anda.
8. Selalu membaca Al-Quran untuk mendapat ketenangan hati yang maksimum. Surah-surah seperti Surah Maryam, Surah Luqman diulang baca pada setiap hari.
9. Cipta hubungan yang baik dan mesra dengan semua orang disekeliling anda.
10. Banyakkan berjalan dan turun naik tangga. Semakin kerap anda berjalan, semakin senang anda bersalin.
11. Saat berada di dalam bilik bersalin (labour room), minumlah air milo, makan kurma dan roti. Ini penting kerana disaat anda sakit hendak bersalin, anda memerlukan tenaga yang kuat untuk meneran bayi anda. Jika anda kurang tenaga, anda tidak berdaya untuk meneran dengan baik. Alas perut anda dengan makanan tersebut sebagai bekal untuk anda mendapat tenaga yang mencukupi.
12. Didalam labour room, sila tenangkan hati, ikuti arahan doktor dan sebut selawat dan zikir. Banyakkan berdoa memohon bantuan Allah swt.
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
2. CARA BERPANTANG MELALUI KAEDAH TRADISIONAL DENGAN SET BERSALIN NAWAL HERBAL BEAUTY
>>Bersalin secara pembedahan<<
1. Bengkung Ibu mulai dipakai pada hari ke-3 selepas bersalin. tegakkan badan semasa anda memakai bengkung ini. minta bantuan suami untuk membuat ikatan tali bengkung tersebut.
2. sapukan pilis sahaja di atas dahi. param tidak boleh diguna ya untuk mengelakkan param dari terkena kawasan jahitan pembedahan.
3. buat bancuhan pilis menggunakan Bedak Panas Syifa dan dicampurkan dengan 2 titis Pati Minyak Serai Wangi. Pilis mampu mengelakkan angin sekaligus dapat mengelakkan dari pening dan sakit kepala. Pilis dapat juga mencerahkan pandangan. Simpul rambut tinggi-tinggi semasa siang hari anda berpantang.
3. Sapukan losen Intensive Toning Lotion di peha, betis, dan lengan anda. Losen ini mengandungi ekstrak lemon citrus, beras dan kolagen dan mampu membakar lemak. Losen ini tidak panas dan sangat selesa dipakai.
4. Gosokkan Pati Minyak Serai Wangi ke seluruh anggota badan anda kecuali bahagian perut. Ia mampu.menghangatkan badan, memberi haruman herba aromaterapi dan mengelakkan liang roma dari dimasuki angin.
5. Untuk tujuan mengurut, campurkan 2-3 titis Pati Minyak Serai Wangi dengan minyak angin biasa yang sesuai untuk mengurut ibu selepas bersalin. Hanya sedikit sahaja diperlukan kerana Pati Minyak Serai Wangi ini 100% pati, pekat dan panas. Ia tidak sesuai untuk disapu ke badan bayi.
6. Cuci Miss V anda dengan Feminine Wash Manjakani kira-kira selepas 2 minggu melahirkan. Gunakan setiap 3 hari dan tambahkan kekerapan selepas anda selesai tempoh berpantang.
7. Bertungku dengan Tungku Besi bermula minggu ke-2 berpantang. Bertungku boleh dibuat hanya di bahagian peha, betis dan belakang badan sahaja. Anda dilarang bertungku dikawasan perut sama sekali.
8. Masukkan tungku besi yang telah selesai dipanaskan ke dalam Sarung Tungku Herba. Gunakan api paling perlahan semasa membakar/ memanaskan tungku besi bagi mengelakkan fabrik Sarung Tungku Herba daripada menjadi terkoyak atau hangus.
9. Amalkan mandi herba sekali sehari dengan menggunakan Herba Mandian Azzahra. Campuran pelbagai daun herba segar dan berkualiti tinggi, yang sangat sukar diperolehi ini mampu menaikkan aroma herba yang menenangkan, menyingkirkan angin, melancarkan perjalanan darah, mengharumkan tubuh dan mempercepat penyembuhan tubuh dalaman selepas proses bersalin.
10. Air herba yang telah direbus dimasukkan ke dalam baldi dan daun-daun herba yang telah direbus tersebut boleh diulang rebus 3 kali untuk 3 kali mandi. Titiskan sedikit Pati Minyak Serai Wangi ke dalam baldi yang telah diisi air herba tersebut untuk menghasilkan mandian herba beraromaterapi.
>> Ibu Bersalin Normal<<
1. Semua cara di atas adalah sama, kecuali pemakaian Bengkung Ibu mesti dimulai pada hari ke-2 berpantang dan dipakai bersama sapuan Param di sekitar perut. Param menerusi produk Bedak Panas Syifa dipakai sekali pada setiap hari.
2. Amalkan bertungku pada setiap pagi, selepas ibu selesai mandi herba. Proses bertungku mesti meliputi kawasan perut bagi mengempiskan perut, mengecutkan rahim/ peranakan, membuang lendiran darah kotor. Lebih elok ibu bertungku juga pada sebelah petang hari untuk mempercepatkan proses pemulihan badan.
3. Amalkan memakai bengkung selama 8 jam setiap hari. teruskan berbengkung selama 40 hari.
IN SYAA ALLAH DENGAN CARA YANG BETUL, ANDA AKAN DAPAT KEMBALI SIHAT, RAMPING, LANGSING DAN BERSERI LUARAN DAN DALAMAN.
No comments:
Post a Comment