TUNGKU BESI
Spesifikasi:
Berat: 2 kg.
Keistimewaan:
Paling
sesuai dan senang digunakan oleh ibu kerana bentuk memanjang, senang
dipegang. Tungku besi tahan lama dan tidak mudah pecah.
Cara Penggunaan :
Khasiat bertungku:
- Membantu aliran darah dengan sempurna juga turut membantu masalah kebas anggota badan akibat aliran darah yang tidak lancar.
- Membantu mengendurkan saraf dan otot yang tegang dalam badan.
- Mempercepatkan keringnya darah nifas dengan mencairkan ketulan darah.
- Membantu mengembalikan semula kedudukan tulang pinggul ketempat asal. (akibat pembukaan ketika melahirkan anak)
- Membantu mengurangkan masalah sengal badan dan kekejangan saraf serta sakit otot.
- Membantu masalah lebam dan kesakitan serta bengkak kecil akibat bersukan atau cara hidup yang aktif.
- Membantu mengempiskan perut selepas bersalin.
- Membantu membuang angin dalam perut.
- Membantu mengecutkan rahim serta mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.
Bertungku adalah satu proses di mana besi panas atau batu panas samada batu sungai atau anak lesung akan diletakkan sekitar
abdomen iaitu pada ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah
dada). Mengikut amalan orang dulu-dulu bertungku ini bertujuan untuk menghangatkan
badan ibu,
membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di
samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya
darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Tempoh masa
bertungku pula ikut pada keupayaan dan kemampuan masing-masing. Kalau
yang rajin bertungku, biasanya ada yang sampai habis pantang dan ada
juga yang bertungku hingga keluar darah nifas yang terakhir dan ada
juga yang hanya bertungku dalam masa 2 minggu sahaja..
Bagi yang menjalani pembedahan pula, ia baik untuk membantu dalam mengecutkan luka
jahitan, mengeluarkan darah kotor serta menghilangkan sakit-sakit badan yang
tidak boleh diurut kerana pembedahan.
Tungku ini juga, tidak dikhaskan hanya kepada ibu-ibu yang bersalin sahaja malah ianya juga boleh digunakan oleh semua golongan termasuk mereka yang belum berkahwin dan menghadapi masalah segugut begitu juga dengan orang-orang tua yang mengalami sakit badan, sendi, sengal-sengal badan, sejuk dan banyak angin dalam badan.
Tungku ini juga, tidak dikhaskan hanya kepada ibu-ibu yang bersalin sahaja malah ianya juga boleh digunakan oleh semua golongan termasuk mereka yang belum berkahwin dan menghadapi masalah segugut begitu juga dengan orang-orang tua yang mengalami sakit badan, sendi, sengal-sengal badan, sejuk dan banyak angin dalam badan.
Kepada mereka yang berminat bolehlah menghubungi saya di 0132876800 atau anda boleh whatsapp di no. 014-3379087
Harganya RM 35 ( tidak termasuk kos penghantaran )
No comments:
Post a Comment